kawan?..erm..nk sebut memang mudah kan..tapi hakikatnya nak cari yang kawan setia memang susah..kawan..bila tak ada kita cari tapi bila dia didepan mata kita tak hargai. Bila kawan berjanji kita nak dia tepati..terlewat seminit muncung kita panjang sedepa..alasan kawan langsung tak nak dengar tetapi kalau kita yang tak tepati manisnya bibir menutur maaf..bila kita ada masalah kawan setia di sisi..bukan setakat nasihat malah wang ringgit pun sanggup bagi,waktu tu kita rasa dia lah sahabat sehidup semati..tapi, bila kawan dihimpit masalah kita biarkan dia menangis sendiri jangankan mendekati,bertanya khabar jauh sekali..bila kita perlukan pertolongan kawan disisi sedia membantu,berat sama dipikul ringan sama dijinjing,tak pernah sekalipun dia merungut.Tapi,bila kawan meminta sedikit kudrat kita tak habis-habis cerita kita jual..kononnya kawan menyusahkan kita. Kawan simpan semua rahsia kita kalau kita ada buat salah,kawan rela terima hukuman..tapi,bila kawan tersilap langkah,laju mulut kita menabur cerita kononnya kawan punya angkara tak layak berkawan dengan kita..walaupun hakikatnya kita turut sama melakukan..waktu kita susah kita cari kawan..kita mengeluh bila kita tak ada kawan..kita menangis bila kita ditakdirkan bersendirian. Tapi...kita tak pernah nak hargai nilai sebuah persahabatan..kita tak tahu nak balas budi kawan,biarpun bukan itu yang diharapkan kawan..kawan selalu memberi..kawan tak minta dibalas,tapi..sebagai kawan kita kena lah beringat bukan wang ringgit yang kawan dambakan,bukan kudrat tenaga yang kawan tagihkan.Tapi..secebis Kejujuran dan Secarik Kasih Sayang yang dipertaruhkan............
No comments:
Post a Comment